Jumaat, 30 Januari 2009

NAK BERLUMBA ? CARI TEMPAT YANG BETUL


DARI jauh, ngauman nyaring deruman enjin motosikal sudah jelas kedengaran. Biarpun jentera berwarna putih itu hanya bersesaran 50cc dan kedengaran seperti mesin pemotong rumput, ada sesuatu yang lebih istimewa di sebalik bunyi bingit tersebut.

Tubuh-tubuh kecil di atas motosikal kelihatan cukup lincah ketika mengambil selekoh yang berselirat di litar Go-Kart Sepang yang panas dipancar matahari.

Ya, kemahiran yang mereka miliki jauh lebih baik berbanding kebanyakan penunggang motosikal. Malah, ada yang sempat memberikan pose apabila menyedari aksi mereka dirakam oleh jurugambar.

Sekali pandang, kalau anak-anak muda itu diberi latihan dan peluang sewajarnya, tidak mustahil mereka boleh mencipta nama dalam sukan lumba motosikal, sama ada di peringkat nasional mahupun antarabangsa.

Sebenarnya, tujuh orang pelajar sekolah menengah yang berusia antara 13 hingga 15 tahun itu merupakan sekumpulan pelumba yang terpilih untuk menyertai program Junior GP.

Selanjutnya:www.kosmo.com.my

(Abang2 rempit tu janganlah berlumba di jalan raya, kerana akan menyusahkan orang lain. Tersondol kereta orang, terlanggar orang tua, budak2 . Ibubapa kita susah nak kena cari duit bayar pampasan/gantirugi . Jadi carilah tempat yang sesuai spt litar yang dikhaskan, kalau kita jatuh pun tidak menyusahkan orang lain )


1 ulasan:

akula berkata...

Kenapa isu mat rempit tak selesai-selesai bahkan 'ahli' rempit ni makin bertambah.

Adakah ini tanda untuk mencapai tahap negara maju. Sebab di Amerika yang merempit bukan budak hingusan. Mereka juga menggunakan motor yang berkuasa tinggi.

Mungkin 10-20 tahun lagi 'mat rempit' kat malaysia dah tak guna motor kapcai.

Selamat Tahun Baru 1431H/2010M