Selamat Tahun Baru 1431H/2010M

Khamis, 2010 Februari 04

PMR 9A Buatku dan Semua

PMR ialah antara peperiksaan yang penting di dalam sekolah menengah,terdapat beberapa lagi peperiksaan yang juga penting seperti SPM dan STPM...Kalau sekolah menengah biasa pelajar hanya mendapat 8A,tetapi jikalau pelajar itu belajar di sekolah menengah agama,dia perlu mensasarkan target 9A kerana ditambah dengan subjet Bahasa Arab.

Adeq pulak yang sekarang nie bersekolah di SMKA Nurul Ittafaq,Kuala Besut,Terengganu. Jadi adeq kenalah target 9A yer...Walaupun kita baru tingkatan 1,tapi kenalah menanam azam untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut..

Result peperiksaan TOV baru-baru nie kat sekolah adeq baru tahu separuh,itu pun takde A.
Yang ade cume B dan C jerk...Mungkin takde rezeki kot...Nanti peperksaan OTI1 adeq nak buat molek-molek...

Jadi kepada abang-abang dan kakak-kakak yang hendak mengambil peperiksaan diatas, adeq harap selalulah berdoa kepada ALLAH SWT,belajar molek-molek dan adeq doakan semua abang-abang dan kakak-kakak agar berjaya di dalam peperiksaan...... Amin...

Jumaat, 2010 Januari 08

SEKOLAH ITU MULIA


Ilmu itu mulia
Proses menitis ilmu itu mulia
Menuntut ilmu itu mulia
Mendidik dan mengajar itu mulia
Menyebar ilmu itu mulia
Persekitaran dan tempat menitis ilmu itu mulia
Menyokong, menyumbang dan melibatkan diri dalam menitis ilmu itu mulia
Bimbingan dan galakan dalam menitis ilmu itu mulia
Rasa gembira melihat orang menuntut ilmu itu mulia
Pemikir, perancang dan pelaksana kerja-kerja menitis ilmu itu mulia
Visi dan misi menitis ilmu itu mulia

(dipetik dari buku rekod pengajaran dan pembelajaran negeri terengganu)

Khamis, 2009 Disember 31

7 WASIAT

Ibrahim bin Adham berkata: "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T."

Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara iaitu:

  • Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
  • Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata hikmah darinya.
  • Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
  • Orang yang cintanya kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat husnul khatimahnya.
  • Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
  • Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.
  • Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah kamu harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."

Selasa, 2009 Disember 22

TABIAT ORANG MELAYU

Orang melayu pantang ada benda pelik sikit datanglah mereka mengambil 'sesuatu' itu. Bukannya nak menambahkan iman, tapi percaya boleh menjadi penawar; yang boleh menjadi 'khurafat'.
Nasib baik pakcik tuan tanah orang yang faham agama.


‘Kolam ajaib’ telan pokok kelapa - Lubang akibat mendapan, ramai anggap air jadi penawar


OSMAN menggunakan batang besi bagi mengukur kedalaman kolam air yang terdapat di kawasan kebunnya di Kangar semalam.





KANGAR - Sepasang suami isteri terkejut apabila mendapati sebuah 'kolam air ajaib' sebesar 7.5 meter terbentuk dipercayai akibat mendapan tanah di belakang rumahnya di Kampung Behor Janggus di sini baru-baru ini.

Pemilik tanah di kawasan itu, Osman Abu Bakar, 70, (gambar) berkata, kolam tersebut dipercayai terbentuk dalam pada malam Ahad lalu dan telah 'menelan' beberapa tanaman di kebunnya termasuk tiga pokok kelapa yang setinggi lebih 5.5 meter di kawasan yang sama.

"Sejak berita mengenai pembentukan kolam ini, ia mula tersebar dan orang ramai mula berkerumun untuk mengambil air dari kolam itu yang disangka mempunyai kuasa ajaib.

"Oleh itu, bagi mengelak kemalangan atau khurafat saya terpaksa menutup dengan memasang pita penghadang di sekeliling kolam berkenaan bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Isnin, 2009 Disember 14

JUAL BELI BAYI

Dalam kosmo dilaporkan seorang bayi boleh dijual pada harga RM15,000-RM20,000. Dalam keadaan terdesak 'ibu2' sanggup menjual bayinya. Manakala orang yang mahukan anak sangup pula membelinya.
Begitulah kehidupan; orang yang 'dikurniakan' tidak mahu dan tidak mengahargai 'kurniaan' tersebut...


laporannya:

Rahsia Aunty jual bayi


JALAN Pasar, Klang inilah yang menempatkan sebuah hospital yang dipercayai menjadi pusat wanita-wanita yang mahu menjual anak selepas bersalin.


KUALA LUMPUR - Tindakan seorang wanita bersama keluarganya yang menjadikan rumah teresnya sebagai pusat pengumpulan bayi luar nikah sebelum dijual sejak lima tahun lalu berakhir apabila rumah tersebut diserbu baru-baru ini.

Wanita berusia 50-an itu atau lebih mesra dipanggil Aunty bersama menantu dan anak-anaknya yang tinggal di Banting popular di kalangan gadis warga asing dan kebanyakan Orang Asli sebagai lokasi menyelesaikan masalah anak luar nikah.

Sebagai balasan, gadis-gadis ternoda terbabit akan dibayar RM5,000 selepas mereka menyerahkan bayi masing-masing kepada Aunty itu.

Aunty itu kemudian didakwa menjual setiap bayi terbabit dengan harga di antara RM15,000 hingga RM20,000 bergantung kepada keadaan dan rupa bayi terbabit.

Setiap bayi dikatakan dijual dengan lengkap sijil kelahiran nama keluarga yang membeli bayi tersebut.

Aunty itu yang merupakan perancang sindiket itu dipercayai bersekongkol dengan seorang doktor di sebuah hospital swasta di Jalan Pasar, Klang.

Di hospital tersebut, Aunty itu akan menghantar ibu mengandung untuk bersalin di situ sebelum akan turut mendapatkan borang pendaftaran kelahiran bagi setiap bayi.

Ahad, 2009 Disember 13

DOA DITERIMA ALLAH SWT

Syarat-syarat doa dimakbulkan oleh Allah SWT

1. Menjaga makanan dan minuman supaya tidak terambil yang haram dan syubhah.
2. Harta yang digunakan jelas bersih dan halal punca perolehannya.
3. Tidak melakukan perbuatan maksiat.
4. Hindarkan fikiran daripada perkara-perkara yang tidak baik.


Jika syarat-syarat ini dipatuhi insya-Allah doa kita dimakbulkan oleh Allah SWT.

Ahad, 2009 November 29

REZEKI: KITA BERUSAHA ALLAH YANG MENENTUKAN

Allah SWT menguji hamba2Nya dengan berbagai cara, dikurangkan hasil tanaman, dikurangkan hasil pendapatan... dan ada pula yang diuji dengan kekayaan. Hamba2Nya yang tabah dan sabar dalam ujian tersebut adalah orang2 yang berjaya, dan di akhirat menjadi penghuni Syurga.

PERITIWA 1

Petani rugi tanaman cili musnah


AZIZ menunjukkan pokok cili yang musnah di kebunnya
di Kampung Batu 3 akibat banjir di Kemaman, kelmarin.


KEMAMAN - Seorang petani, Aziz Dollah, 48, yang mengusahakan tanaman cili dan timun di Kampung Batu 3 kerugian lebih RM10,000 apabila kebunnya ditenggelami air akibat banjir minggu lalu.

Beliau yang menanam 500 pokok cili dan 1,000 pokok timun dijangka mengutip hasil awal bulan Disember ini

"Apa nak buat rezeki saya tidak ada kali ini, selain tanaman musnah, kelengkapan tanaman seperti paip turut dihanyut banjir," ceritanya ketika ditemui di kebunnya kelmarin.

Aziz berkata, tanamannya ditenggelami air ekoran hujan lebat yang melanda Terengganu baru-baru ini.


PERISTIWA 2

Kempunan jual kerapu RM700,000


JOHARI (kiri) bersama rakan-rakannya melihat bangkai ikan kerapu yang mati dalam sangkar ternakan mereka di Kampung Gong Batu, Setiu semalam.


SETIU - Dua hari lalu sekumpulan penternak ikan kerapu di Kampung Gong Batu terkejut melihat ikan mereka bernilai RM400,000 mati mengejut di kolam ternakan.


KERATAN Kosmo! semalam.


Nasib malang yang sama juga dialami oleh enam lagi penternak semalam juga dari kampung yang sama dan mereka pula kerugian sebanyak RM300,000.

Akibatnya, tiada lagi ikan kerapu yang diternak di kampung Gong Batu.

Semalam Kosmo! melaporkan sepuluh penternak di kampung tersebut kerugian RM400,000 kerana ikan kerapu mereka ternak mati secara mengejut yang dipercayai dicemari air banjir yang melanda negeri ini minggu lalu.

Seorang penternak, Johari Awang Besar, 49, berkata, kejadian disedari awal pagi semalam ketika dia pergi ke kawasan kolam ternakan itu untuk memberi makan ikan yang telah boleh dijual itu.

"Pada hari kejadian ikan kerapu milik penternak lain itu mati, iaitu pada pada Hari Raya Aidiladha, ikan peliharaan saya pula telah menampakkan lemah pergerakannya.

"Tetapi tidak sangka apabila beberapa pekerja turun ke sangkar untuk memberi makan pada awal pagi semalam, mereka mendapati kesemua ikan yang berada di 80 buah sangkar telah mati," katanya.