Selasa, 22 Disember 2009

TABIAT ORANG MELAYU

Orang melayu pantang ada benda pelik sikit datanglah mereka mengambil 'sesuatu' itu. Bukannya nak menambahkan iman, tapi percaya boleh menjadi penawar; yang boleh menjadi 'khurafat'.
Nasib baik pakcik tuan tanah orang yang faham agama.


‘Kolam ajaib’ telan pokok kelapa - Lubang akibat mendapan, ramai anggap air jadi penawar


OSMAN menggunakan batang besi bagi mengukur kedalaman kolam air yang terdapat di kawasan kebunnya di Kangar semalam.





KANGAR - Sepasang suami isteri terkejut apabila mendapati sebuah 'kolam air ajaib' sebesar 7.5 meter terbentuk dipercayai akibat mendapan tanah di belakang rumahnya di Kampung Behor Janggus di sini baru-baru ini.

Pemilik tanah di kawasan itu, Osman Abu Bakar, 70, (gambar) berkata, kolam tersebut dipercayai terbentuk dalam pada malam Ahad lalu dan telah 'menelan' beberapa tanaman di kebunnya termasuk tiga pokok kelapa yang setinggi lebih 5.5 meter di kawasan yang sama.

"Sejak berita mengenai pembentukan kolam ini, ia mula tersebar dan orang ramai mula berkerumun untuk mengambil air dari kolam itu yang disangka mempunyai kuasa ajaib.

"Oleh itu, bagi mengelak kemalangan atau khurafat saya terpaksa menutup dengan memasang pita penghadang di sekeliling kolam berkenaan bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku," katanya ketika ditemui di sini semalam.

0 ulasan:

Selamat Tahun Baru 1431H/2010M