Jumaat, 11 September 2009

NAK SERIBU DAYA TAK NAK SERIBU DALIH

Bahan halal dan suci ada dimana2 asalkan umat Islam rajin dan tekun serta mempunyai istiqamah yang tinggi untuk mengamalkan syariat Islam.


LAYLA menunjukkan alat solek halal di kedainya di Dubai.




DUBAI - Seorang artis solek dari Kanada, Layla Mandi mempromosikan jenama kosmetik OnePure khusus untuk wanita Islam yang bimbang mengenai masalah alkohol dan sisa babi dalam peralatan persolekan.

Layla yang telah memeluk Islam itu memasarkan barangan kosmetik yang dihasilkannya untuk kegunaan wanita Islam. Menurut Layla, kosmetik halal itu setanding dengan kualiti bahan solek daripada jenama terkenal tetapi ia tidak mengandungi bahan-bahan yang ditegah oleh Islam.

"Terdapat bahan-bahan daripada babi dan alkohol dalam kebanyakan produk kosmetik menyebabkan umat Islam perlu mencari alternatif," kata Layla.

Bilangan produk kosmetik halal masih kecil di negara-negara Asia dan jarang terdapat di dunia Arab.

Menurut Layla, asid lemak dan gelatin yang digunakan dalam pelembap, syampu, topeng maskar dan gincu kebanyakannya diekstrak daripada babi.

OnePure dijamin tidak mempunyai barang-barang yang ditegah oleh Islam.

Sehingga kini, Layla menjualnya menerusi Internet manakala syarikat penerbangan Saudi Airlines menjadi pelanggan pertamanya sejak Julai lalu. - Agensi

4 ulasan:

Unknown berkata...

salam ziarah jemput linkkan blog etuza ya..sya suka blog rrtiman..cantik tajuk blog u..tq dari http://www.ezawarna-warnakehidupan.etuza.blogspot.com

afiq manaf berkata...

etuza,
tima kasih sudi jengok blog yg tak seberapa ni..

Unknown berkata...

salam pagi ceria hari ini, copy kad raya etuza tuk semua, cari di kad special to all, gambar masjid daerah keningau ..ada nama etuzaWKpn. tambah kad ya..

zai berkata...

salam adeq..

boleh akak tau umo brp ? ..apapun tahniah atas N3 nie..orang putih ni mmg bijak mencari peluang utk membuat bisnes...org islam zaman skrg jer dah terkebelakang..apapun orang dah naik kebulan ...kita baru nak mencipta roket..

Selamat Tahun Baru 1431H/2010M