Jumaat, 27 Mac 2009

Perokok lebih hina daripada lembu - Nik Aziz

KOTA BHARU - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) berkata, umat Islam yang cuba menonjolkan keislaman mereka melalui pakaian jubah dan ketayap tetapi menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu.

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas berkata, amalan menghisap rokok dikeji serta diharamkan oleh agama dan doktor kerana ia memudaratkan kesihatan.

"Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran. Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah).

"Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina daripada lembu," katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini semalam.

Nik Abdul Aziz berkata, ada antara umat Islam yang mencuri-curi menghisap rokok di serambi masjid sambil bersembang sementara menunaikan solat.

Beliau mengingatkan umat Islam supaya menghentikan amalan yang dianggap jijik dan tidak berdisiplin itu. - Bernama


(Zaman sekarang ni budak2 sekolah rendah dah merokok, zaman ayah saya dulu (dia cerita) budak2 hisap rokok 'curi-curi'. Kalau terserempak dengan orang kampung siap kena belasah, tak kira anak sapa. Tapi sekarang ni budak2 kongsi rokok dengan bapak)

5 ulasan:

HaFez94 berkata...

salam dik..buat lah chat box..senang nak contact.. :)

niqsabariah berkata...

ape pandangan awak ttg berita ini??

Cikli berkata...

salam,

kalau perokok macam tu, peminum arak apa ye? perasuah ?

cougar.bard berkata...

salam,dgn catatan ini saudara sudah pun menjadi musuh ramai orang terutama perokok.
Cerita roko ni dah lama amaran dan komen dimana2,tapi kalau ada yg hi-light bermakna cari musuh la dgn perokok. kalau nak cari ramai kawan jangan post sesuatu yg menyentuh prilaku pribadi sesaorang atau golongan yg ramai.
saya juga perokok,tak marah dgn statemen tok guru tapi tak suka kalau ada orang kedua cuba hi-light
semula,apa hak orang kedua utk membuat hilight.
harap cari post title yg tidak sentuh pelakuan sesuatu golongan kalau nak cari kawan.

adeq berkata...

Hafez, nk buat tp x reti he..he..

niq,pandangan saya...rasanya setuju

cikli, tima kasih..

cougar, sori bang..cuma geram dgn perokok yang x hormat orang x merokok. Con: dalam bas, dalam bilik dsb. Saya bukan anti perokok, nk isap, isap lah cuma klau nak isap tu keluar dari bilk ke, atau apa2 aje yang tidak menyinggung perasaan org yg x isap rokok. apa2 pun tima kasih dan maaf yek...

Selamat Tahun Baru 1431H/2010M