Selasa, 24 Februari 2009

GURU DAN PELAJAR

Berita dari Kuala Terengganu, 2 orang pelajar sekolah dilempang oleh guru disiplin kerana kesalahan membawa telefon bimbit.

Semua pelajar sudah maklum dan arif, membawa telefon bimbit ke sekolah merupakan satu kesalahan.

Pada saya, pelajar tersebut dilempang bukan kerana membawa telefon. Tetapi atas sikap berdolak dalik dan 'penipu' pelajar tersebut yang membuatkan guru disiplin naik angin.

Kalau pelajar tersebut mengaku dan meminta maaf, rasanya dia selamat dari terkena pelempang. Jadi sebagai pelajar patuhilah peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

Ini beritanya:

KUALA TERENGGANU – Gara-gara membawa telefon bimbit ke dalam bilik darjah, dua pelajar wanita sekolah menengah di Manir dekat sini terpaksa menerima padah dilempang guru disiplin.

Akibatnya, seorang daripada mereka mengalami kecederaan di telinga selepas dilempang sebanyak empat kali oleh guru terbabit.

Menurut mangsa, Siti Aminah Ahmad, 15, dan rakan sekelasnya, Siti Lakkhaleeda Mohd. Rozamlee, mereka dipanggil oleh guru disiplin itu pada pukul 11 pagi Khamis lalu.

Bagaimanapun laporan polis hanya dibuat kelmarin di Balai Polis Kuala Terengganu.

“Semasa guru itu membuat pemeriksaan, telefon bimbit tidak ada kerana saya menyerahkannya kepada seorang rakan lain,” kata Siti Aminah.

Selepas gagal menemuinya, guru itu menjadi marah dan bertindak mengajak Siti Aminah pulang ke rumahnya untuk bertanyakan mengenai telefon bimbit itu kepada ibu pelajar tersebut.

Bagaimanapun ibunya memberitahu beliau tidak mengetahui apa-apa dan mereka kembali semula ke sekolah.

Oleh kerana bimbang kejadian yang lebih buruk berlaku ke atas Siti Aminah, rakan sekelas yang menyimpan telefon itu telah memberikannya kepada guru itu.

Menurut Siti Lakkhaleeda pula, mukanya telah ditampar sebanyak dua kali di hadapan rakan-rakan sekelas yang lain.

“Bukan kami sahaja yang membawa telefon ke sekolah kerana ramai pelajar lain turut melakukan perkara yang sama tetapi mereka tidak dikenakan tindakan.

Sabtu, 21 Februari 2009

Berbilion Bumi di galaksi

(gambar hiasan)

CHICAGO - Satu persidangan anjuran Persatuan Sains Lanjutan Amerika Syarikat mendedahkan kemungkinan besar terdapat sejumlah 100 bilion Bumi di seluruh galaksi Bima Sakti.

Namun, saintis Dr. Alan Boss dari Institut Sains Carnegie membayangkan suasana di planet tersebut barang kali seumpama kehidupan Bumi lebih empat bilion tahun lalu.

Setakat ini, teleskop paling canggih sekali pun hanya dapat mengesan lebih 300 buah planet menyerupai Bumi di luar daripada sistem solar kerana terhad dari segi liputan.

"Secara purata, bagi setiap sistem matahari dalam sebuah gugusan bintang biasanya mungkin mengandungi paling kurang pun sebuah planet dengan hidupan semacam Bumi," kata Boss. - Agensi

(Sesungguhnya Ilmu Allah SWT sangat luas, ilmu yang Allah kurniakan kepada manusia hanyalah sedikit. Jadi jangan takbur dan bangga dengan ilmu yang 'sedikit' itu, sebaliknya marilah kita bersujud kepada Allah SWT pencipta dan pemilik alam ini.)

Khamis, 12 Februari 2009

Al-Quran tidak dimakan api

kosmo online

KANGAR – Senaskhah al-Quran ditemui masih dalam keadaan elok meskipun terlibat dalam kebakaran yang menyebabkan empat deretan rumah di tingkat atas hangus dijilat api di Taman Seroja di sini awal pagi semalam.

Penemuan itu mengejutkan pemiliknya, seorang pengawal keselamatan, Hakimi Harun, 49.

Menurut Hakimi, kitab tersebut ditemui ketika dia sedang melakukan kerja-kerja membersih rumahnya selepas operasi memadam kebakaran selesai dijalankan oleh anggota Bomba dan Penyelamat.

Katanya, apa yang menghairankannya, hanya kulit al-Quran itu sahaja terbakar tetapi ayat-ayat suci di dalamnya langsung tidak terjejas bahkan tidak basah terkena air bomba.

“Semua barangan di tingkat atas seperti buku sekolah, katil dan almari pakaian rentung menjadi arang tetapi al-Quran itu ditemui dalam keadaan yang masih elok malah tidak basah terkena air sewaktu operasi memadam dijalankan.

Penemuan ini mengagumkan saya dan ini menunjukkan tanda kebesaran Allah. Saya akan terus memelihara kitab suci ini,” katanya ketika ditemui.


(Begitulah kehendak Allah....)

Selasa, 10 Februari 2009

Wajah mumia 2,000 tahun dipamer


CHICAGO - Wajah seorang penyanyi kuil pada zaman Mesir purba, Meresamun yang hidup ratusan tahun sebelum kelahiran Nabi Isa didedahkan buat pertama kali oleh saintis, lapor sebuah akhbar semalam.

Beberapa saintis menggunakan sebuah pengimbas di hospital bagi melihat wajah Meresamun yang disimpan di dalam keranda dan dibalut dengan kain linen.

Imej tiga dimensi itu turut menunjukkan rangka tulang manakala batu diletakkan di bahagian mata yang berlubang. Seorang pakar kajian Mesir purba dari Muzium Institut Kajian Timur Universiti Chicago. Dr. Emily Teeter berkata: "Mumia itu masih berada dalam keranda. Imej itu seperti X-ray bagi melihat kaitan antara keranda, balutan dan penggunaan kain linen."

Mumia Meresamun itu akan dipamerkan di muzium institut itu minggu ini.

Meresamun dipercayai bekerja dan tinggal dalam kuil Thebes kira-kira 800 Tahun Sebelum Masihi.

Berdasarkan pengimbas hospital itu, tinggi Meresamun adalah 165 sentimeter, berumur dalam lingkungan 20-an atau awal 30-an ketika dia meninggal dunia.

Punca kematian masih tidak diketahui dan ia mencetuskan misteri kerana kesihatannya berada dalam tahap terbaik.

Berdasarkan penelitian terhadap tulang-tulang, dia didapati mengamalkan diet berkhasiat dan menjalani kehidupan yang aktif.

Giginya juga tidak menunjukkan sebarang tanda pereputan. - Agensi

kosmo online

(Tanda kebesaran Allah untuk dikaji bagi menambah keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT. Bukan setakat nak tahu umur berapa, mati sebab apa, apa bahan digunakan untuk mengawet, lepas tu habis begitu saja.)

Ahad, 1 Februari 2009

Gempar jumpa ular berkaki empat


GOWA - Penduduk Gowa di Sulawesi Selatan gempar setelah menemui seekor ular berkaki empat yang lengkap dengan lima jari di kakinya, lapor akhbar Bali Post semalam.

Kejadian di Sungguminasa kelmarin itu ditemui oleh seorang anggota calon wakil rakyat, Muh Hatta Hamzah Karaeng Gajang ketika beliau berada di pejabat partinya.

Ketika kejadian, Muh Hatta sedang bermain domino namun beliau hanya menyedari kehadiran ular itu beberapa minit kemudian.

Ular berkenaan berukuran 15 sentimeter panjang itu berjalan dan tidak menyusur seperti biasa.

Muh Hatta yang terkejut melihat reptilia itu kemudian menyimpannya di dalam sebuah balang setelah mendapati haiwan itu jinak dan unik. - Agensi


(Makhluk Allah ada berbagai-bagai jenis dan rupa yang kadang-kadang tak terfikir oleh kita.)

Selamat Tahun Baru 1431H/2010M