Sabtu, 24 Januari 2009

INGAT JASA IBUBAPA

PETALING JAYA – Lari selepas ditegur main SMS!Itu yang didakwa berlaku kepada Noor Aishah Izan, 15, yang dikatakan merajuk dan menghilang diri dari rumah di Taman Paramount di sini pada 11 Januari lalu dan sehingga kini masih belum ditemui.
Ibunya, Nazaah Hassan, 72, berkata, anak bongsunya yang lebih mesra dipanggil Adik itu pada mulanya bermain khidmat pesanan ringkas (SMS) di dalam gelap di rumahnya pada hari kejadian.
“Masa itu saya nampak dia sedang menangis tapi saya tak tahu kenapa... jadi saya tegur Adik supaya jangan bermain SMS dalam gelap.
“Saya bukannya berniat untuk marah tetapi sekadar tegur. Pulanglah Adik... kami semua rindui dan sayang Adik. Tiada siapa yang nak marah Adik lagi,” rayu Nazaah di sini semalam.

(Lari dari rumah tidak menyelesaikan masalah, malah menambahkan masalah. Ibubapa, adikberadik risau, bahkan tak lena tidur.
Masalah kita pula, tidur, makan sapa nak tanggung ? Mungkin orang lain akan mengambil kesempatan ke atas kita.
Ingatlah jasa dan pengorbanan ibubapa yang melahirkan, mengasuh, mendidik, dan menyayangi kita. Mereka menegur tanda sayangkan kita)

2 ulasan:

erisya nor berkata...

memang susah untuk melayani jiwa remaja anak zaman ini ...rasanya paling penting adalah komunikasi...berbicaralah dengan anak2 seperi rakan sebaya...cuba memahami jiwa mereka sebagaimana kita ingin difahami oleh anak2

ORE KAMPUNG berkata...

Betul kata erisya, remaja jangan dimarah dengan melulu. Kalau ada sebab x ada masalah.
Satu lagi kena control dari awal, yg mana boleh, yg mana x boleh. Bila mereka dah faham, kita marah mereka terima.

Selamat Tahun Baru 1431H/2010M