Jumaat, 30 Januari 2009

NAK BERLUMBA ? CARI TEMPAT YANG BETUL


DARI jauh, ngauman nyaring deruman enjin motosikal sudah jelas kedengaran. Biarpun jentera berwarna putih itu hanya bersesaran 50cc dan kedengaran seperti mesin pemotong rumput, ada sesuatu yang lebih istimewa di sebalik bunyi bingit tersebut.

Tubuh-tubuh kecil di atas motosikal kelihatan cukup lincah ketika mengambil selekoh yang berselirat di litar Go-Kart Sepang yang panas dipancar matahari.

Ya, kemahiran yang mereka miliki jauh lebih baik berbanding kebanyakan penunggang motosikal. Malah, ada yang sempat memberikan pose apabila menyedari aksi mereka dirakam oleh jurugambar.

Sekali pandang, kalau anak-anak muda itu diberi latihan dan peluang sewajarnya, tidak mustahil mereka boleh mencipta nama dalam sukan lumba motosikal, sama ada di peringkat nasional mahupun antarabangsa.

Sebenarnya, tujuh orang pelajar sekolah menengah yang berusia antara 13 hingga 15 tahun itu merupakan sekumpulan pelumba yang terpilih untuk menyertai program Junior GP.

Selanjutnya:www.kosmo.com.my

(Abang2 rempit tu janganlah berlumba di jalan raya, kerana akan menyusahkan orang lain. Tersondol kereta orang, terlanggar orang tua, budak2 . Ibubapa kita susah nak kena cari duit bayar pampasan/gantirugi . Jadi carilah tempat yang sesuai spt litar yang dikhaskan, kalau kita jatuh pun tidak menyusahkan orang lain )


Ahad, 25 Januari 2009

PERTOLONGAN ALLAH SWT

Oleh NORSHARUDDIN SAPIANberita@kosmo.com.my

LUMUT – “Semasa hanyut di tengah laut, dua hari saya tak makan kerana bekalan yang dibawa dah habis.”
Demikian luah seorang nelayan, Marzuki Deraman, 46, yang ditemui selamat selepas dikatakan hilang empat hari ketika menangkap ikan di laut.
Mangsa yang tinggal di pangkalan nelayan Kampung Teluk Muroh dekat sini ditemui di tengah laut di perairan Pulau Jarak dekat sini kira-kira pukul 7 pagi kelmarin.
“Nasib baik ada sebuah bot nelayan asing dari Padang, Indo- nesia sudi tunda bot masuk semula ke perairan Pulau Jarak sebelum ditemui bot nelayan tempatan yang kemudian dibantu kapal Maritim Malaysia,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Marzuki yang masih lemah berkata, empat hari lalu dia keluar ke laut berseorangan dan botnya mengalami kerosakan selepas terlanggar tali pukat tunda.

(Begitulah kehandak Allah SWT terhadap hambaNya. Didatangkan orang lain untuk menolong hambaNya)

Sabtu, 24 Januari 2009

INGAT JASA IBUBAPA

PETALING JAYA – Lari selepas ditegur main SMS!Itu yang didakwa berlaku kepada Noor Aishah Izan, 15, yang dikatakan merajuk dan menghilang diri dari rumah di Taman Paramount di sini pada 11 Januari lalu dan sehingga kini masih belum ditemui.
Ibunya, Nazaah Hassan, 72, berkata, anak bongsunya yang lebih mesra dipanggil Adik itu pada mulanya bermain khidmat pesanan ringkas (SMS) di dalam gelap di rumahnya pada hari kejadian.
“Masa itu saya nampak dia sedang menangis tapi saya tak tahu kenapa... jadi saya tegur Adik supaya jangan bermain SMS dalam gelap.
“Saya bukannya berniat untuk marah tetapi sekadar tegur. Pulanglah Adik... kami semua rindui dan sayang Adik. Tiada siapa yang nak marah Adik lagi,” rayu Nazaah di sini semalam.

(Lari dari rumah tidak menyelesaikan masalah, malah menambahkan masalah. Ibubapa, adikberadik risau, bahkan tak lena tidur.
Masalah kita pula, tidur, makan sapa nak tanggung ? Mungkin orang lain akan mengambil kesempatan ke atas kita.
Ingatlah jasa dan pengorbanan ibubapa yang melahirkan, mengasuh, mendidik, dan menyayangi kita. Mereka menegur tanda sayangkan kita)

Selasa, 20 Januari 2009

LAGI-LAGI PAUS


Kosmo online

TERDAMPAR. Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu gempar malam tadi dengan penemuan seekor anak ikan paus yang terdampar di pantai itu.
Seorang gadis, Nurul Amelia Khairudin, 15, yang menemui anak ikan paus itu pada pukul 8.30 malam pada mula menyangkanya mayat manusia.
Sebaik sahaja penemuan itu diketahui umum, pantai menjadi riuh-rendah dengan orang ramai yang cuba menolak anak ikan paus itu ke laut dalam tempoh dua jam tetapi usaha itu gagal kerana ombak kuat.
Anak ikan itu akhirnya mati pada pukul 10.30 malam. Seorang kakitangan Jabatan Perikanan memberitahu, ikan itu cedera di bahagian sirip dipercayai tersangkut pada jaring milik nelayan.


(Berdasarkan saiz anak paus ini umurnya tersangat muda. Maknanya ibunya ada dekat kawasan sini)

Jumaat, 16 Januari 2009

BERDOA SUPAYA PENGAKHIRAN HIDUP YANG BAIK




Kosmo oline melaporkan:

Kes 1

Seorang lelaki mati tersepit ketika cuba memecah masuk sebuah rumah. Kes ini berlaku di Dungun.

Kes 2

Seorang wanita terjun (tergelincir) dari bangunan, walaubagaimanapun dia berjaya disambut oleh anggota bomba. Kes ini berlaku di Johor Baru.

(Ya Allah matikanlah kami dengan pengakhiran yang baik, janganlah Engkau matikankan kami dengan pengakhiran yang buruk. Amin)

Sabtu, 10 Januari 2009

Biawak ubah sejarah Galapagos

kosmo online
SANTIAGO, Chile - Seekor biawak unik berwarna merah jambu yang muncul di kepulauan Galapagos bakal mengubah semula sejarah evolusi haiwan eksotik di pulau Pasifik itu.
Dinamakan sebagai Rosada, spesies iguana itu dipercayai hilang semasa saintis Charles Darwin melawat Galapagos pada 1835 yang kemudian mencetuskan kontroversi melalui teori asal usul manusia.
Penyelidik dalam laporannya kepada jurnal Proceedings National Academy of Sciences (PNAS) mendakwa, Rosada terpisah daripada kumpulan spesiesnya 5.7 juta tahun dahulu.
Saintis menganggarkan kurang 100 ekor haiwan itu yang masih hidup secara misteri sekali gus membuka lembaran baru bagi memperbetulkan semula sejarah evolusi manusia oleh Darwin. - Agensi


(Telah jelas dan nyata bahawa manusia pertama ialah Adam as yang dicipta oleh Allah SWT dari tanah. Adam as telah dibekalkan ilmu pengetahuan oleh Allah SWT tentang perkara yang ada dalam dunia hatta cara peribadatan. Teori yang mengatakan manusia berasal daripada beruk, manusia zaman awal jahil -tidak mengetahui tentang sesuatu- adalah karut)

Khamis, 8 Januari 2009

MARI BERDOA UNTUK PALESTIN

اللَّهُمَّ انصُرِ الإِسلام والمْسُلِمِينَ اللَّهُمَّ انصُرِ المْسُلِمينَ فِي كُلِّ مَكَانٍ اللَّهُمَّ انصُرِ المْسُلِمينَ فِي فَلَسطِين (3كالي) اللَّهُمَّ دَمَّر الكفَارَ واليَهُـودَ والنَّصَارَى والمْشُرِكِينَ اللَّهُمَّ يَا اللّـه يَا اللّـه يَا اللّـه إِهزِمهُم وَانصُرناَ عَلَيهِم
Wahai Tuhan kami, Berilah pertolongan kepada Islam dan Muslimin,Ya Tuhan kami, Berilah pertolongan kepada Muslimin di semua tempat,Ya Tuhan kami, Berilah pertolongan kepada orang Islam di Palestin(3x) ,Ya Tuhan kami, Hancurkanlah Kuffar, Yahudi, Nasrani dan Musyrikin,Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Ya Tuhan kami, Kalahkan mereka, Dan menangkan kami ke atas mereka..

Jumaat, 2 Januari 2009

LAGI PAUS LAWAT MALAYSIA


Utusan online melaporkan

BALIK PULAU 2 Jan. – Seekor ikan yu paus seberat dua tan dan panjangnya hampir tujuh meter ditemui oleh sekumpulan nelayan di perairan Pulau Kendi dekat Teluk Bahang, kira-kira 10 batu nautika dari sini hari ini.
Ikan yu paus itu dipercayai terperangkap dalam pukat nelayan di situ kira-kira pukul 3 pagi sebelum dibawa ke jeti Teluk Bahang.


(Yang musykilnya ikan2 paus ni datang malaysia, lepas tu mati. Tentu ada hikmahnya, marilah fikir2kan.)

Khamis, 1 Januari 2009

BAHANA TAHUN BARU

KES 1
KUANTAN - "Bagaikan sudah jadi trend remaja sekarang." Demikian kesimpulan yang dibuat oleh Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ghazali Abdul Aziz selepas operasi cegah maksiat jabatan itu berjaya menangkap 56 remaja yang berkhalwat di bilik-bilik hotel sekitar bandar ini awal pagi semalam.
"Saya terkejut, dah macam trend pula sekarang ini, apabila ada sahaja sambutan atau acara menarik berkonsepkan hiburan, pasti mereka tidak lepaskan peluang untuk melakukan maksiat.
"Kononnya nak sambut tahun baru dengan kawan-kawan, lepas itu tak sempat hendak balik rumah, kemudian ambil jalan mudah sewa hotel murah, tidur bercampur lelaki dan perempuan.


KES 2

KUALA LUMPUR - Sepasang suami isteri yang baru dua minggu melangsungkan perkahwinan ditahan kerana disyaki menjadi dalang menyewa sebuah bilik di tingkat 11 sebuah hotel di Jalan P. Ramlee di sini untuk menganjurkan pesta seks dan dadah semalam.


(Sumber: Kosmo online 2/1/2009)


Apa ada dengan tahun baru ? Ia cuma tarikh dan angka..tapi sesetengah orang begitu teruja menyambutnya dengan cara yang songsang. Apabila hawa nafsu menguasai diri manusia lebih hina dari binatang.

Selamat Tahun Baru 1431H/2010M