Selasa, 20 Oktober 2009

RASUAH DILAKNAT ALLAH

Pemberi rasuah dan penerima rasuah kedua-duanya masuk neraka. Di dunia mereka perosak negara, maka di akhirat maka mereka dihumbangkan ke neraka oleh Allah swt (atas kehendaknya)

Maka sesungguhnya marilah kita sama-sama menjauhi perbuatan rasuah.


SPRM cekup staf Jabatan Hutan - Wang tunai RM300,000 ditemui di rumah seorang pegawai kanan

ALOR SETAR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam menahan reman empat orang kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah termasuk seorang pegawai kanan kerana disyaki menerima rasuah berkaitan aktiviti pembalakan di negeri ini.

Kesemua mereka dipercayai menerima rasuah bernilai lebih RM100,000 daripada pelesen balak untuk mendapatkan kawasan pembalakan di Hutan Simpan Ulu Muda.

Menurut sumber, penahanan kesemua mereka itu dibuat setelah SPRM menerima maklumat daripada orang awam mengenai aktiviti yang dilakukan serta hasil pemantauan yang dilakukan selama tiga bulan.

"SPRM menyita wang tunai kira-kira RM300,000 yang ditemui ketika menggeledah rumah salah seorang pegawai kanan jabatan berkenaan. Dia ditangkap tengah malam semalam di rumahnya," kata sumber tersebut.

Menurut sumber itu, tiga kakitangan lain termasuk seorang pegawai hutan daerah dan dua orang renjer hutan pula ditangkap di Kulim serta Sungai Petani kira-kira pukul 10 pagi semalam.

Selasa, 13 Oktober 2009

KEDAI KEBAJIKAN

Lazimnya peniaga akan mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda. Malah menipu timbangan dan sukatan demi untuk mengaut keuntungan.

Namun pujian harus diberikan kepada pemilik restoran (En Md Satar) yang hanya mengenakan RM2.00 untuk sepinggan nasi berlauk. Kerja yang berkat akan ditambah rezeki oleh Allah SWT.

KEPALA BATAS 13 Okt. - Membuka kedai 24 jam sehari adalah perkara biasa di bandar namun jika kedai makanan dan minuman beroperasi 24 jam sehari di kampung, ia dilihat sebagai sesuatu yang agak luar biasa.

Namun tidak bagi Md. Satar Che Morad, 41, dari Penaga, Kepala Batas yang membuka kedainya di kawasan Pusat Pendaratan Ikan Lahar Endin di sini 24 jam sehari.

"Semua nelayan singgah makan di kedai ini, tidak kira masa, sebelum ke laut dan juga selepas balik dari menangkap ikan," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Dia berkata, pelbagai jenis makanan sentiasa disediakan untuk pelanggan sepanjang masa.

Menurutnya, sebelum ini dia hanya membuka kedai untuk jualan roti canai, mi goreng dan tomyam sahaja tetapi sekarang beralih menyediakan nasi pula atas permintaan nelayan di situ.

Katanya, bukan mudah untuk mengendalikan perniagaan tersebut dan seramai tujuh pekerja diambil bertugas mengikut giliran.

Apa yang menarik di kedainya, pelanggan boleh meminta sepinggan nasi dengan seekor ikan kembung masak gulai dan seekor lagi goreng dengan bayaran RM2 sahaja.

"Kita turut menyediakan sambal dan ulam, ia begitu murah berbanding makanan seperti ini di tempat lain," katanya.

Pada waktu tertentu, kata Md. Satar, isterinya, Halimah Darus menyediakan masakan itu dan kebiasaannya lebih 10 kilogram ikan kembung habis dijual dalam sehari.

Di samping itu, katanya, untuk menerokai bidang perniagaan lebih jauh lagi, dia turut membuka pusat memancing udang galah bersebelahan kedai makanannya itu.

Setiap pemancing dikenakan bayaran RM12 sejam, RM24 dua jam dan RM30 bagi tempoh tiga jam.

Udang galah liar dimasukkan ke dalam kolam antara 6 hingga 10 kilogram yang diperolehi dari Bagan Serai, Perak, Sungai Muda dan Sungai Dua dari Pulau Pinang.

Jumaat, 25 September 2009

BETINDAKLAH MENGIKUT SYARIAT

Islam sempurna dalam setiap aspek kehidupan. Tetapi penganut2 nya sering bertindak mengikut perasaan. Yang nak kahwin ikut suka dia, yang si bapak pun 2x5. Bawalah berbincang elok2...

Larikan gadis, bapa berang bakar rumah

Oleh ali mahmood
utusanpahang@utusan.com.m

TEMERLOH 25 Sept. – Kerana cinta, seorang pemuda bertindak nekad melarikan teman wanitanya. Namun perbuatan itu mengundang padah apabila bapa wanita berkenaan berang lalu membakar rumah keluarga pemuda tersebut.

Malah suspek sanggup memandu dari Cheras, Kuala Lumpur, bersama seorang rakannya ke Kampung Kemuning di sini, untuk membakar rumah itu dalam kejadian pada 18 September lalu.

Rabu, 16 September 2009

SELAMAT HARI LEBARAN


SELAMAT HARI RAYA SERTA MAAF ZAHIR BATIN KEPADA SEMUA

Jumaat, 11 September 2009

NAK SERIBU DAYA TAK NAK SERIBU DALIH

Bahan halal dan suci ada dimana2 asalkan umat Islam rajin dan tekun serta mempunyai istiqamah yang tinggi untuk mengamalkan syariat Islam.


LAYLA menunjukkan alat solek halal di kedainya di Dubai.




DUBAI - Seorang artis solek dari Kanada, Layla Mandi mempromosikan jenama kosmetik OnePure khusus untuk wanita Islam yang bimbang mengenai masalah alkohol dan sisa babi dalam peralatan persolekan.

Layla yang telah memeluk Islam itu memasarkan barangan kosmetik yang dihasilkannya untuk kegunaan wanita Islam. Menurut Layla, kosmetik halal itu setanding dengan kualiti bahan solek daripada jenama terkenal tetapi ia tidak mengandungi bahan-bahan yang ditegah oleh Islam.

"Terdapat bahan-bahan daripada babi dan alkohol dalam kebanyakan produk kosmetik menyebabkan umat Islam perlu mencari alternatif," kata Layla.

Bilangan produk kosmetik halal masih kecil di negara-negara Asia dan jarang terdapat di dunia Arab.

Menurut Layla, asid lemak dan gelatin yang digunakan dalam pelembap, syampu, topeng maskar dan gincu kebanyakannya diekstrak daripada babi.

OnePure dijamin tidak mempunyai barang-barang yang ditegah oleh Islam.

Sehingga kini, Layla menjualnya menerusi Internet manakala syarikat penerbangan Saudi Airlines menjadi pelanggan pertamanya sejak Julai lalu. - Agensi

Jumaat, 4 September 2009

UJIAN ALLAH

Allah SWT menguji hamba2Nya dengan bebagai cara, ada yang diuji dengan kemewahan harta benda dan ada pula diuji dengan bala bencana. Ujian kemewahan jarang membuatkan 'insan' insaf dan kembali kepada Penciptanya.
SEJUMLAH penduduk semalam bersolat Jumaat di dalam bangunan masjid yang musnah akibat gempa bumi di Kampung Ciloa, Tasikmalaya, Indonesia.


JAKARTA - Seorang pegawai berkata, pekerja-pekerja penyelamat Indonesia mengeluarkan beberapa lagi mayat daripada timbunan tanah runtuh sekali gus meningkatkan angka kematian akibat gempa bumi kuat di negara berkenaan kepada 64 orang.

Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana, Priyadi Kardono berkata, bilangan rumah yang musnah dalam gempa bumi itu meningkat kepada lebih 87,000 buah.

Gempa dengan kekuatan 7 pada skala Richter itu menggegarkan pesisir Pulau Jawa pada Selasa lepas.

Sebanyak 24 mayat ditemui di kampung Cikangkareng yang terletak dalam daerah Cianjur, 120 kilometer ke barat daya Jakarta di mana beberapa puluh orang dikhuatiri masih hilang akibat tanah runtuh.

Daerah berkenaan terjejas teruk akibat gempa bumi itu.

Mangsa-mangsa lain ditemui di bawah runtuhan rumah dan serpihan di beberapa buah bandar dan bandar raya di pulau berkenaan.

Kardono memberitahu, usaha mencari mangsa akan diteruskan selama seminggu tetapi mengaku peluang untuk menemui mangsa yang masih hidup amat tipis. - AP

Ahad, 23 Ogos 2009

TANGAN YANG MEMBERI LEBIH BAIK DARI YANG MENERIMA

Bersedekah merupakan amalan yang sangat dituntut oleh Islam, tambahan lagi pada bulan ramadhan yang mulia ini.

Namun begitu meminta-minta bukanlah sesuatu yang disukai oleh Islam.

Walaubagaimanapun memenuhi 'permintaan' orang juga disukai oleh Islam.


Majlis ulama sokong haram mengemis

JAKARTA – Fatwa haram mengemis yang dikeluarkan Majlis Ulama Indonesia Sumenep, Madura, Jawa Timur tidak dibantah oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI) pusat, lapor sebuah akhbar semalam.

“Memang sudah ada pandangan untuk tidak bersetuju dengan aktiviti pengemis itu.

“Bukan hanya di bulan ramadan tetapi bulan seterusnya,” kata Ketua Fatwa MUI, Anwar Ibrahim.

Menurutnya, bagi menghapuskan kegiatan pengemis, masyarakat turut tidak memberikan sedekah secara sembarangan.

Jika mahu bersedekah, masyarakat diminta menyalurkannya kepada orang yang patut menerimanya, kata Anwar.

"Masyarakat seharusnya memberikan sedekah kepada tangan yang tepat, kerana makna sedekah ialah memberikan sesuatu kepada orang yang patut menerimanya,” katanya.

Sebelumnya ini MUI Sumenep mengeluarkan fatwa haram mengemis.

Alasan pengharaman itu adalah kerana mengemis akan menjadikan diri hina dan merugikan orang lain. – Agensi

Selamat Tahun Baru 1431H/2010M