Ahad, 23 Ogos 2009

TANGAN YANG MEMBERI LEBIH BAIK DARI YANG MENERIMA

Bersedekah merupakan amalan yang sangat dituntut oleh Islam, tambahan lagi pada bulan ramadhan yang mulia ini.

Namun begitu meminta-minta bukanlah sesuatu yang disukai oleh Islam.

Walaubagaimanapun memenuhi 'permintaan' orang juga disukai oleh Islam.


Majlis ulama sokong haram mengemis

JAKARTA – Fatwa haram mengemis yang dikeluarkan Majlis Ulama Indonesia Sumenep, Madura, Jawa Timur tidak dibantah oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI) pusat, lapor sebuah akhbar semalam.

“Memang sudah ada pandangan untuk tidak bersetuju dengan aktiviti pengemis itu.

“Bukan hanya di bulan ramadan tetapi bulan seterusnya,” kata Ketua Fatwa MUI, Anwar Ibrahim.

Menurutnya, bagi menghapuskan kegiatan pengemis, masyarakat turut tidak memberikan sedekah secara sembarangan.

Jika mahu bersedekah, masyarakat diminta menyalurkannya kepada orang yang patut menerimanya, kata Anwar.

"Masyarakat seharusnya memberikan sedekah kepada tangan yang tepat, kerana makna sedekah ialah memberikan sesuatu kepada orang yang patut menerimanya,” katanya.

Sebelumnya ini MUI Sumenep mengeluarkan fatwa haram mengemis.

Alasan pengharaman itu adalah kerana mengemis akan menjadikan diri hina dan merugikan orang lain. – Agensi

Selamat Tahun Baru 1431H/2010M