Selasa, 20 Oktober 2009

RASUAH DILAKNAT ALLAH

Pemberi rasuah dan penerima rasuah kedua-duanya masuk neraka. Di dunia mereka perosak negara, maka di akhirat maka mereka dihumbangkan ke neraka oleh Allah swt (atas kehendaknya)

Maka sesungguhnya marilah kita sama-sama menjauhi perbuatan rasuah.


SPRM cekup staf Jabatan Hutan - Wang tunai RM300,000 ditemui di rumah seorang pegawai kanan

ALOR SETAR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam menahan reman empat orang kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah termasuk seorang pegawai kanan kerana disyaki menerima rasuah berkaitan aktiviti pembalakan di negeri ini.

Kesemua mereka dipercayai menerima rasuah bernilai lebih RM100,000 daripada pelesen balak untuk mendapatkan kawasan pembalakan di Hutan Simpan Ulu Muda.

Menurut sumber, penahanan kesemua mereka itu dibuat setelah SPRM menerima maklumat daripada orang awam mengenai aktiviti yang dilakukan serta hasil pemantauan yang dilakukan selama tiga bulan.

"SPRM menyita wang tunai kira-kira RM300,000 yang ditemui ketika menggeledah rumah salah seorang pegawai kanan jabatan berkenaan. Dia ditangkap tengah malam semalam di rumahnya," kata sumber tersebut.

Menurut sumber itu, tiga kakitangan lain termasuk seorang pegawai hutan daerah dan dua orang renjer hutan pula ditangkap di Kulim serta Sungai Petani kira-kira pukul 10 pagi semalam.

1 ulasan:

HaFez94 berkata...

Rasuah mesti diHentikan..byk sangat org dah gunakan rasuah sebagai cara utk meyelesaikan masalah dengan mudah...

Selamat Tahun Baru 1431H/2010M