Begitulah kehidupan; orang yang 'dikurniakan' tidak mahu dan tidak mengahargai 'kurniaan' tersebut...
laporannya:
Rahsia Aunty jual bayi
KUALA LUMPUR - Tindakan seorang wanita bersama keluarganya yang menjadikan rumah teresnya sebagai pusat pengumpulan bayi luar nikah sebelum dijual sejak lima tahun lalu berakhir apabila rumah tersebut diserbu baru-baru ini.
Wanita berusia 50-an itu atau lebih mesra dipanggil Aunty bersama menantu dan anak-anaknya yang tinggal di Banting popular di kalangan gadis warga asing dan kebanyakan Orang Asli sebagai lokasi menyelesaikan masalah anak luar nikah.
Sebagai balasan, gadis-gadis ternoda terbabit akan dibayar RM5,000 selepas mereka menyerahkan bayi masing-masing kepada Aunty itu.
Aunty itu kemudian didakwa menjual setiap bayi terbabit dengan harga di antara RM15,000 hingga RM20,000 bergantung kepada keadaan dan rupa bayi terbabit.
Setiap bayi dikatakan dijual dengan lengkap sijil kelahiran nama keluarga yang membeli bayi tersebut.
Aunty itu yang merupakan perancang sindiket itu dipercayai bersekongkol dengan seorang doktor di sebuah hospital swasta di Jalan Pasar, Klang.
Di hospital tersebut, Aunty itu akan menghantar ibu mengandung untuk bersalin di situ sebelum akan turut mendapatkan borang pendaftaran kelahiran bagi setiap bayi.
1 ulasan:
wassalam dik. maaf lambat reply.
yer, skang ni masih study ukm, new sem. doakan er. masa mula2 singgah kat blog adik, terus seronok baca sbb adik suka post citer pelik2. cam citer kalau tak silap citer buaya ari tu kot. apapun keep it up! :)
Catat Ulasan