Allah SWT menguji hamba2Nya dengan bebagai cara, ada yang diuji dengan kemewahan harta benda dan ada pula diuji dengan bala bencana. Ujian kemewahan jarang membuatkan 'insan' insaf dan kembali kepada Penciptanya. SEJUMLAH penduduk semalam bersolat Jumaat di dalam bangunan masjid yang musnah akibat gempa bumi di Kampung Ciloa, Tasikmalaya, Indonesia.
JAKARTA - Seorang pegawai berkata, pekerja-pekerja penyelamat Indonesia mengeluarkan beberapa lagi mayat daripada timbunan tanah runtuh sekali gus meningkatkan angka kematian akibat gempa bumi kuat di negara berkenaan kepada 64 orang.
Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana, Priyadi Kardono berkata, bilangan rumah yang musnah dalam gempa bumi itu meningkat kepada lebih 87,000 buah.
Gempa dengan kekuatan 7 pada skala Richter itu menggegarkan pesisir Pulau Jawa pada Selasa lepas.
Sebanyak 24 mayat ditemui di kampung Cikangkareng yang terletak dalam daerah Cianjur, 120 kilometer ke barat daya Jakarta di mana beberapa puluh orang dikhuatiri masih hilang akibat tanah runtuh.
Daerah berkenaan terjejas teruk akibat gempa bumi itu.
Mangsa-mangsa lain ditemui di bawah runtuhan rumah dan serpihan di beberapa buah bandar dan bandar raya di pulau berkenaan.
Kardono memberitahu, usaha mencari mangsa akan diteruskan selama seminggu tetapi mengaku peluang untuk menemui mangsa yang masih hidup amat tipis. - AP