Jumaat, 26 Jun 2009

MEMANCING: HOBI ATAU KEPERLUAN ?

Seorang pemancing telah berjaya menangkap seekor jerung seberat 480 kg. Besarnya ikan ni..kalau disimpan untuk dijadikan lauk tahan bertahun agaknya. Yang jadi persoalannya adakah orang ini memancing untuk keperluan hidupnya atau saja suke2.....

Apakah tidak berdosa memancing sekadar hobi dan untuk suka2, bila mulut ikan koyak kena pancing kita, kita pun lepas, dan kita bersorak tepuk2....atau untuk mendapat rekod dunia 'ikan paling besar'.

Datuk jinakkan jerung 480kg



COUNTY CLARE - Seorang pesara, Joe Waldis berjaya memancing ikan jerung betina seberat 480 kilogram (kg) di Kepulauan British, lapor sebuah akhbar semalam

Tangkapan laut dalam itu dibawa di sini untuk ditimbang sebelum disahkan jauh lebih berat berbanding seekor ikan tuna seberat 439kg yang pernah ditangkap di perairan barat daya Ireland pada 2001.

Pemancing berusia 70 tahun itu berkata, dia langsung tidak menyangka berupaya mendaratkan ikan gergasi itu.

"Setiap kali saya memutar kekili, ikan itu akan mengheret tali pancing dan pergi lebih jauh," katanya.

Rekod dunia ikan terbesar yang ditangkap dengan menggunakan joran adalah jerung putih seberat 1,554kg oleh seorang nelayan, Frank Mundus di New York pada 1985. - Agensi


Jumaat, 19 Jun 2009

SYIRIK


Rukun iman yang ke 6, percaya kepada qodhok dan qadar. Apa-apa yang berlaku keatas diri kita semuanya telah ditentukan oleh Allah SWT.

Allah jualah yang membinasakan dan menyelamatkan. Percaya kepada kepada makhluk sebagai penyelamat adalah perbuatan syirik.


Tidak disambar petir kerana iPod

ESSEX - Seorang remaja perempuan di sini iaitu Sophie Frost terselamat kerana petir yang menyambar iPod miliknya tidak menyebabkan badannya terbakar, lapor sebuah akhbar semalam.

Remaja yang berusia 14 tahun itu sedang berteduh di bawah sebatang pokok kerana hujan dengan gajet itu digantung pada lehernya ketika petir dengan kekuatan 300,000 volt menyambarnya.

Bagaimanapun, Sophie hanya mengalami luka kecil dan rambutnya berbau hangit apabila kilat itu mengalir melalui wayar fon kepala yang tergantung pada pakaian seragam sekolahnya dan tidak mengenai organ penting dalam badannya.

"Saya tidak mengingati apa yang berlaku tetapi semua orang menyatakan saya bernasib baik kerana iPod itu mengalihkan petir daripada mengenai badan saya," katanya ketika dirawat di sebuah hospital di sini.

Ibunya berkata: "Doktor-doktor menyatakan dia terselamat kerana iPod. Sophie bernasib baik kerana tidak memakai fon kepala ketika kejadian. Dia mungkin tidak akan terselamat jika memakai fon kepala," katanya. - Agensi


Selasa, 9 Jun 2009

IQ kelas pertama, akhlaknya...?


Otak yang cerdik tidak menjaminkan akhlak yang mulia,  otak hanya memikirkan perkara2 yang zahir. Sebab itu manusia memerlukan bimbingan wahyu yang disampaikan melalui para nabi untuk menerangkan perkara2 yang tidak dapat dijangkaui oleh akal.


LONDON - Sebanyak 60 pelajar Universiti Oxford di Britain berbogel untuk program menerbitkan kalendar amal, lapor sebuah akhbar semalam.

Mereka berbuat demikian untuk membantu pertubuhan kebajikan TravelAid mengumpulkan wang bagi membiayai pelajar universiti itu yang melakukan kerja sukarelawan di luar negara.

Kalendar itu dijual pada minggu lalu.

Pertubuhan itu telah diberikan kebenaran oleh pihak pengurusan universiti untuk merakamkan gambar bogel pelajar.

Pengarah pertubuhan itu, Catherine Little berkata: "Idea itu datang dengan tiba-tiba dan saya memikirkannya kenapa ia tidak dilakukan?

"Kakitangan universiti memberi banyak sokongan dan mereka seronok melihat kalendar itu."

Gambar yang dirakamkan itu menunjukkan pelajar universiti tersebut melakukan pelbagai aksi seperti bermain alat muzik, berjalan dan berada dalam bilik asrama dalam keadaan bogel. - Agensi

Takwim Peperiksaan Tahun 2009

 

UPSR

Ujian Bertulis

8 - 10 September 2009

 

PMR

Ujian Bertulis

7 - 9 Oktober 2009

 

12-13 Oktober 2009

 

SPM

Amali

20 - 22 Oktober 2009

 

26 - 27 Oktober 2009

Ujian Bertulis

19 November - 16 Disember 2009

 

STAM

Ujian Lisan

13 - 24 Julai 2009

Ujian Bertulis

19 - 21 Oktober 2009

 

SPM (ULANGAN)

 

23 - 24 Jun 2009

 

 Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Rabu, 3 Jun 2009

TANDA PELIK DIJUMPAI LAGI


Tanda2 pelik pernah dijumpai diladang. Para pengkaji berselisih pendapat, ada yang kata angkara makhluk asing, ada yang kata angkara manusia. Kali ini gambaran obor2 pula.  Mungkin juga angkara manusia. Yang past,i ada yang membuatnya, ia tidak terjadi dengan sendirinya.

Selamat Tahun Baru 1431H/2010M