Jumaat, 17 April 2009

Lelong sekolah setelah bayi makin kurang dilahirkan


Di Jepun kerajaan melelong sekolah kerana ketiadaan murid. Pelik juga sebab Jepun adalah sebuah negara maju. Di negara kita yang sedang membangun ni tak cukup sekolah pulak, sesetengah sekolah tu muridnya beribu-ribu nak belajar pun tak selesa.

TOKYO - Pihak pentadbiran sebuah bandar kecil di Jepun memutuskan untuk melelong empat buah sekolah rendah di Internet susulan penurunan jumlah penduduk dan kadar kelahiran bayi yang rendah, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang pegawai, Hidenori Tsutsu berkata, bandar Niikappu di utara Pulau Hokkaido merancang untuk mengadakan lelongan itu pada bulan depan di sebuah laman bidaan Yahoo di Jepun.

Bandar pertanian dan perikanan itu mengalami kekurangan penduduk hingga separuh atau 5,000 pada tahun lalu berbanding 11,000 orang yang dicatatkan pada 1960.

Berikutan itu, sebanyak tujuh sekolah rendah terpaksa dikosongkan.

Tiga sekolah itu akan dibangunkan menjadi sebuah pejabat korporat, rumah orang tua dan pusat lumba kuda tetapi pihak berkuasa perbandaran gagal mencari pembeli untuk empat buah sekolah lagi.

"Adalah perlu untuk menjual sekolah-sekolah kosong itu susulan kemerosotan kadar kelahiran bayi di bandar ini," menurut pihak berkuasa perbandaran.

Kenyataan itu menyebut, harga yang diminta bermula dari AS$220,500 (RM793,742) hingga AS$682,000 (RM2.5 juta).

Jepun terpaksa bergelut dengan kemerosotan kadar kelahiran terutama di kawasan luar bandar apabila generasi muda memilih untuk berhijrah ke bandar-bandar besar. - AFP

1 ulasan:

Atiesya berkata...

agaknya di jepun ramai yang makan pil perancang kot hehehe

Selamat Tahun Baru 1431H/2010M