Khamis, 30 April 2009

PENANGAN MABUK


Inilah akibatnya, bila 'hilang akal' manusia dah tak tahu apa yang mereka buat. Tak dapat nak dibanyangkan betapa sakitnya 'bontot' bila tercucuk besi...

Jadi, jangan lah 'MINUM MINUMAN YANG MEMABUKKAN'

JOHANNESBURG - Gara-gara mabuk, seorang lelaki di sini, Siyana Pasiwe mendapat aib besar apabila punggungnya tersangkut pada pagar keselamatan ketika dia cuba melompat masuk ke halaman sebuah muzium, lapor sebuah akhbar semalam.

Dalam insiden itu, Pasiwe, 32, tersangkut pada pagar tersebut selama dua jam, tetapi dia menyatakan tidak merasai kesakitan kerana mabuk.

Beberapa petugas bantuan terpaksa menggunakan sebilah kapak bagi memotong pancang pagar sepanjang 30 sentimeter pada awal bulan ini.

Pasiwe menafikan cuba menceroboh ke dalam muzium itu dan menyatakan dia tertidur setelah mabuk dan cuba melenyapkan pengaruh alkohol dengan membuat lompatan tersebut.

"Apabila saya tersedar, saya mengambil keputusan untuk berjalan pulang dan apabila melihat sebatang pokok di lokasi itu, saya menyangka dapat melompat ke sebelah sana," katanya.

Dia mengalami kecederaan pada bahagian perut dan usus kecil dalam kemalangan itu tetapi sudah dibenarkan keluar dari hospital. - Agensi

Jumaat, 17 April 2009

Lelong sekolah setelah bayi makin kurang dilahirkan


Di Jepun kerajaan melelong sekolah kerana ketiadaan murid. Pelik juga sebab Jepun adalah sebuah negara maju. Di negara kita yang sedang membangun ni tak cukup sekolah pulak, sesetengah sekolah tu muridnya beribu-ribu nak belajar pun tak selesa.

TOKYO - Pihak pentadbiran sebuah bandar kecil di Jepun memutuskan untuk melelong empat buah sekolah rendah di Internet susulan penurunan jumlah penduduk dan kadar kelahiran bayi yang rendah, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang pegawai, Hidenori Tsutsu berkata, bandar Niikappu di utara Pulau Hokkaido merancang untuk mengadakan lelongan itu pada bulan depan di sebuah laman bidaan Yahoo di Jepun.

Bandar pertanian dan perikanan itu mengalami kekurangan penduduk hingga separuh atau 5,000 pada tahun lalu berbanding 11,000 orang yang dicatatkan pada 1960.

Berikutan itu, sebanyak tujuh sekolah rendah terpaksa dikosongkan.

Tiga sekolah itu akan dibangunkan menjadi sebuah pejabat korporat, rumah orang tua dan pusat lumba kuda tetapi pihak berkuasa perbandaran gagal mencari pembeli untuk empat buah sekolah lagi.

"Adalah perlu untuk menjual sekolah-sekolah kosong itu susulan kemerosotan kadar kelahiran bayi di bandar ini," menurut pihak berkuasa perbandaran.

Kenyataan itu menyebut, harga yang diminta bermula dari AS$220,500 (RM793,742) hingga AS$682,000 (RM2.5 juta).

Jepun terpaksa bergelut dengan kemerosotan kadar kelahiran terutama di kawasan luar bandar apabila generasi muda memilih untuk berhijrah ke bandar-bandar besar. - AFP

Khamis, 2 April 2009

Gunting tersekat di kerongkong lelaki


(Kata orang 'malang tidak berbau'. Seorang lelaki tertelan gunting yang dijadikankan sebagai pencungkil gigi. Oleh itu sentiasa berwaspada dengan alat2 yang tajam)

PUTIAN - Gara-gara ketawakan jenaka rakannya ketika mencungkil gigi dengan sebilah gunting, seorang lelaki di China menerima padah apabila dia tertelan yang kemudian tersekat pada kerongkongnya, lapor sebuah akhbar semalam.

Mangsa, Kong Lin cuba memuntahkan gunting itu keluar tetapi mata perkakas itu yang tajam semakin menusuk ke dalam kerongkong menyebabkan dia terpaksa dikejarkan ke unit kecemasan sebuah hospital di sini, timur China.

"Ketika lelaki berumur 27 tahun itu tiba, mukanya pucat dan dia berpeluh tanda kesakitan," kata seorang pakar bedah hospital berkenaan, Dr. Chen Wei.

"Pesakit mengalami kesukaran untuk menelan dan darah bercampur air liur keluar daripada mulut mangsa," tambahnya.

Sekumpulan pakar bedah melakukan pembedahan ke atas Lin tanpa suntikan ubat bius kerana bimbang gunting itu akan menusuk lebih jauh ke dalam kerongkongnya jika dia berada dalam keadaan tidak sedar.

"Pembedahan itu mengambil masa kira-kira 30 minit. Dia bernasib baik kerana hanya mengalami luka kecil pada kerongkongnya," kata Dr. Wei. - Agensi

Selamat Tahun Baru 1431H/2010M