YAN - Ramai penduduk Kampung Sungai Udang di sini terkejut dengan penemuan seekor anak ikan paus seberat kira-kira 40 kilogram yang tersangkut di jaring nelayan yang sedang memukat ikan pada jarak 500 meter dari pantai di sini tengahari semalam.
Namun, anak ikan paus itu yang dipercayai terpisah dari ibunya ditemui tidak bernyawa ketika diangkat naik ke bot oleh Arshad Baharom, 52 tahun.
Anak ikan paus berukuran 1.42 meter panjang itu dipercayai jenis 'fin' berdasarkan sirip belakang yang pendek, bukaan mulut yang panjang serta bergaris lurus selari dengan matanya.
Menurut seorang pegawai Perikanan yang ditemui ditempat kejadian berkata, anak ikan paus itu dipercayai terpisah daripada ibunya sebelum memasuki perairan Yan.
"Ia dipercayai mati akibat luka semasa berusaha untuk melepaskan diri dari pukat.
"Beberapa bahagian siripnya menggelupas dan terdapat kesan darah manakala bahagian lain badannya masih dalam keadaan elok," katanya.
Sementara itu, Arshad yang ditemui berkata, selama lebih 40 tahun bekerja sebagai nelayan pantai inilah kali pertama pukatnya tersangkut anak ikan paus.
"Saya berasa hairan apabila pukat yang sedang ditarik keatas bot menjadi teramat berat, sedangkan tidak banyak ikan yang tersangkut," katanya.
Walaupun mendapati anak ikan paus itu telah mati, Arshad membawanya pulang dan memaklumkan perkara itu kepada rakan-rakannya.
Salah seorang rakannya kemudian memaklumkan kepada Jabatan Perikanan yang tiba sejurus selepas itu sebelum membawa ikan itu ke Pusat Perikanan di Batu Maung, Pulau Pinang untuk diselidik.

Sumber: kosmo online
0 ulasan:
Catat Ulasan