Rabu, 31 Disember 2008

APA MAKNA TAHUN BARU


Tahun baru maknanya umur bertambah, baki kehidupan kita berkurang. .

Sepatutnya kita sedar dan insaf dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT, bukannya bergembira tak tentu hala. Kononnya sambut tahun baru. Ingatlah saudara kita di Palestin yang dibunuh menjelang tahun baru

Majalah al Islam keluaran terbaru memfokuskan gejala sosial yang berlaku semasa sambutan tahun baru. Pada malam tahun baru banyak 'benih-benih haram' ditanam, maka tahun baru berikutnya lahirlah 'buah' hasil kegembiraan tahun baru 'ibubapa'nya.

Ya Allah selamatkanlah kami daripada terjerumus ke lembah kehinaan. Amin.

Selasa, 30 Disember 2008

BACK TO SCHOOL


Empat lima hari lagi sekolah buka, seronok ada, tak seronok pun ada. Yang seronoknya, tahun baru ni naik kelas, bergaya dengan baju sekolah baru, dapat berjumpa dengan teman2 dan macam2 lagi.
Yang tak seronok..kena mandi pagi2 (sejuk..) tak leh tido lama2..

Tapi yang lebih penting kita ke sekolah menuntut ilmu, sebagaimana sabda Nabi SAW: "menuntut ilmu wajib bagi setiap muslim"

Dalam hadis lain nabi bersabda yang mafhumnya: jadilah kamu orang cintakan ilmu, atau orang yang menuntut ilmu, atau orang yang mengajar ilmu. Jangan jadi orang yang 'tiada ciri2 tersebut'.

Isnin, 29 Disember 2008

FIKIR2 KAN

Kosmo online 19.11.2008 melaporkan
Sindrom Perang Teluk wujud
WASHINGTON –
Sebuah panel yang diberi mandat oleh Kongres Amerika Syarikat (AS) merumuskan bahawa sindrom Perang Teluk memang wujud dan lebih 700,000 veteran perang AS menderita akibat penyakit tersebut.Laporan yang disiarkan kelmarin itu menyatakan sindrom itu adalah akibat pendedahan kepada bahan kimia toksik termasuk racun serangga dan sejenis ubat yang diberikan kepada askar-askar AS bagi melindungi mereka daripada gas saraf.“Veteran-veteran Perang Teluk pada 1990-1991 berkhidmat kepada negara dengan berjaya tetapi ramai antara mereka diserang gangguan kesihatan berpanjangan yang sukar difahami dan untuk sekian lama dinafi atau diperkecilkan,” kata laporan panel tersebut. – AFP

(Inilah balasan dari Allah SWT kepada orang2 yang jahat)

Ahad, 28 Disember 2008

KEKEJAMAN ISRAEL




290 penduduk Palestin maut serangan Israel


GAZA - Tentera Israel memusnahkan kompleks keselamatan utama Hamas di Gaza dalam satu serangan udara semalam selepas menyerangnya buat kali pertama kelmarin.

Dalam kedua-dua serangan itu, sebanyak 290 penduduk Palestin maut di mana rejim Zionis menyatakan ia bertindak setelah berlakunya serangan roket hampir setiap hari dari Gaza.
Jumlah kematian itu dianggap sebagai antara yang terburuk dalam pencerobohan Israel ke atas Palestin sejak 60 tahun lalu.

Menurut Perkhidmatan Kecemasan Palestin, pejuang-pejuang Palestin turut melancarkan 80 serangan roket ke wilayah Israel.

Salah satu roket itu mengenai lokasi dekat Ashdod, sebuah pelabuhan yang terletak 30 kilometer dari Gaza tetapi tidak menyebabkan kematian.
Sejumlah kereta kebal ditempatkan di pinggir Genting Gaza dijangka bakal memasuki kawasan penduduk Palestin yang didiami oleh 1.5 juta orang.
Menurut seorang pegawai kerajaan, Kabinet Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert meluluskan arahan untuk memanggil 6,500 anggota simpanan.
"Israel akan meneruskan (kempen serangan) sehingga kami mendapati tahap keselamatan baru di bahagian selatan apabila penduduk tidak lagi tinggal dalam keganasan dan ketakutan akibat serangan roket," kata seorang jurucakap Olmert, Mark Regev.

Sementara itu, jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum mendesak kumpulan-kumpulan pejuang Palestin untuk menggunakan semua cara termasuk operasi mati syahid iaitu penggunaan kaedah pengebom berani mati di Israel bagi tujuan melindungi penduduk Palestin. -Agensi

Dipetik dari Kosmo online.

Jumaat, 26 Disember 2008

MENGEMIS


Kosmo online


MELAKA – Percaya atau tidak, seorang pengemis lelaki yang ditahan dalam satu operasi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka di sini semalam memiliki wang tunai di tangan RM460.
Jika jumlah itu merupakan pendapatan sehari pengemis berkenaan, ini bermakna pengemis berusia 40-an itu mampu mengutip kira-kira RM14,000 sebulan.


Jika begini dia bukan pengemis tapi hartawan. Ingatlah tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.

Khamis, 25 Disember 2008

SETELAH 4 TAHUN


Selepas kejadian tsunami 4 tahun lalu, maka ramai antara kita yang insaf. Serta merta berhenti dari melakukan maksiat.

Kini tahun baru menjelang lagi, apakah aktiviti yang menjurus kepada kemaksiatan akan diteruskan ?

Tun Mahathir berkata:"Melayu mudah lupa".

Sememangnya manusia itu pelupa...

Marilah kita membina keazaman tahun baru (1430H dan 2009M) untuk meningkatkan amalan2 kebajikan bagi mendapat keberkatan Allah SWT.

Khamis, 18 Disember 2008

DUNIA JAMBATAN AKHIRAT

Kosmo online melaporkan Pasukan polis berjaya menembak mati 4 penjenayah di Guar Perahu, Pulau Pinang.

Orang jahat ni kat dunia tak selamat, kat akhirat ?

Ya Allah jadikanlah kami orang yang beriman dan beramal soleh. Amin.

Selasa, 16 Disember 2008

REZEKI MUSIM TENGKUJUH


Sesungguhnya musim tengkujuh bukan semata-mata banjir, Allah mendatangkan juga rezeki kepada hambaNya.


Bagi penduduk pesisir pantai, ikan belanak muncul dengan banyak. Mereka bermain ombak dan memakan buih yang terhasil akibat pertembungan 'air darat dan air masin'.

Ahad, 14 Disember 2008

IKAN PAUS ZIARAH MALAYSIA


YAN - Ramai penduduk Kampung Sungai Udang di sini terkejut dengan penemuan seekor anak ikan paus seberat kira-kira 40 kilogram yang tersangkut di jaring nelayan yang sedang memukat ikan pada jarak 500 meter dari pantai di sini tengahari semalam.
Namun, anak ikan paus itu yang dipercayai terpisah dari ibunya ditemui tidak bernyawa ketika diangkat naik ke bot oleh Arshad Baharom, 52 tahun.
Anak ikan paus berukuran 1.42 meter panjang itu dipercayai jenis 'fin' berdasarkan sirip belakang yang pendek, bukaan mulut yang panjang serta bergaris lurus selari dengan matanya.
Menurut seorang pegawai Perikanan yang ditemui ditempat kejadian berkata, anak ikan paus itu dipercayai terpisah daripada ibunya sebelum memasuki perairan Yan.
"Ia dipercayai mati akibat luka semasa berusaha untuk melepaskan diri dari pukat.
"Beberapa bahagian siripnya menggelupas dan terdapat kesan darah manakala bahagian lain badannya masih dalam keadaan elok," katanya.
Sementara itu, Arshad yang ditemui berkata, selama lebih 40 tahun bekerja sebagai nelayan pantai inilah kali pertama pukatnya tersangkut anak ikan paus.
"Saya berasa hairan apabila pukat yang sedang ditarik keatas bot menjadi teramat berat, sedangkan tidak banyak ikan yang tersangkut," katanya.
Walaupun mendapati anak ikan paus itu telah mati, Arshad membawanya pulang dan memaklumkan perkara itu kepada rakan-rakannya.
Salah seorang rakannya kemudian memaklumkan kepada Jabatan Perikanan yang tiba sejurus selepas itu sebelum membawa ikan itu ke Pusat Perikanan di Batu Maung, Pulau Pinang untuk diselidik.


Sumber: kosmo online

Sabtu, 6 Disember 2008

PERINGATAN DAN UJIAN



Allah SWT memberi peringatan dan ujian kepada hamba-hambaNya. Banjir, tanah runtuh, kehilangan orang yang disanyangi, kemalangan dll. Semua itu ada hikmahnya, bahawa sesuatu yang tidak diduga boleh berlaku secara tiba-tiba.




Sebagai hamba kita hendaklah redha dengan ketentuan Ilahi serta berusaha mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Sabtu, 29 November 2008

ALLAH MENCIPTA BUAH-BUAHAN



Maha suci Allah yang telah menciptakan berbagai-bagai jenis buah-buahan. Buah-buahan yang dimakan oleh manusia atau haiwan ini mengandungi berbagai-bagai khasiat untuk kesihatan manusia.

Khamis, 27 November 2008

AKTIVITI MUSIM CUTI


Selain mandi sungai, kengkawan boleh memancing. Memancing boleh melatih sifat sabar. Sabar suatu sifat yang disukai oleh Alah SWT. Orang yang sabar akan mendapat ganjaran pahala yang besar dari Allah SWT.

CINTA ANUGERAH ALLAH SWT


Kosmo online melaporkan seorang warga tua Wook Kundur 106 tahun hidup bahagia disamping suaminya Mohd Nor 37 tahun.


Rabu, 26 November 2008

CUTI DAH TIBA

(gambar hiasan)

Aktiviti masa cuti..mandi sungai, tapi hati2 kengkawan sekarang musim banjir, air
sungai dalam. Silap2 hanyut....(moga dijauhkan oleh Allah).
Mandi sungai merupakan satu nikmat zaman kanak2 yang dianugerahkan oleh Allah. Walaupun seronok mandi sungai jangan lupa sembahyang.

Makhluk Kecil


Subhanallah makhluk sekecil ini pun ada....

IKAN BESAR



MANUSIA DAN IKAN SAMA BESAR. INILAH CIPTAAN ALLAH SWT.

Selamat Tahun Baru 1431H/2010M