Khamis, 31 Disember 2009

7 WASIAT

Ibrahim bin Adham berkata: "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T."

Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara iaitu:

  • Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
  • Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata hikmah darinya.
  • Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
  • Orang yang cintanya kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat husnul khatimahnya.
  • Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
  • Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.
  • Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah kamu harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."

Selasa, 22 Disember 2009

TABIAT ORANG MELAYU

Orang melayu pantang ada benda pelik sikit datanglah mereka mengambil 'sesuatu' itu. Bukannya nak menambahkan iman, tapi percaya boleh menjadi penawar; yang boleh menjadi 'khurafat'.
Nasib baik pakcik tuan tanah orang yang faham agama.


‘Kolam ajaib’ telan pokok kelapa - Lubang akibat mendapan, ramai anggap air jadi penawar


OSMAN menggunakan batang besi bagi mengukur kedalaman kolam air yang terdapat di kawasan kebunnya di Kangar semalam.





KANGAR - Sepasang suami isteri terkejut apabila mendapati sebuah 'kolam air ajaib' sebesar 7.5 meter terbentuk dipercayai akibat mendapan tanah di belakang rumahnya di Kampung Behor Janggus di sini baru-baru ini.

Pemilik tanah di kawasan itu, Osman Abu Bakar, 70, (gambar) berkata, kolam tersebut dipercayai terbentuk dalam pada malam Ahad lalu dan telah 'menelan' beberapa tanaman di kebunnya termasuk tiga pokok kelapa yang setinggi lebih 5.5 meter di kawasan yang sama.

"Sejak berita mengenai pembentukan kolam ini, ia mula tersebar dan orang ramai mula berkerumun untuk mengambil air dari kolam itu yang disangka mempunyai kuasa ajaib.

"Oleh itu, bagi mengelak kemalangan atau khurafat saya terpaksa menutup dengan memasang pita penghadang di sekeliling kolam berkenaan bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Isnin, 14 Disember 2009

JUAL BELI BAYI

Dalam kosmo dilaporkan seorang bayi boleh dijual pada harga RM15,000-RM20,000. Dalam keadaan terdesak 'ibu2' sanggup menjual bayinya. Manakala orang yang mahukan anak sangup pula membelinya.
Begitulah kehidupan; orang yang 'dikurniakan' tidak mahu dan tidak mengahargai 'kurniaan' tersebut...


laporannya:

Rahsia Aunty jual bayi


JALAN Pasar, Klang inilah yang menempatkan sebuah hospital yang dipercayai menjadi pusat wanita-wanita yang mahu menjual anak selepas bersalin.


KUALA LUMPUR - Tindakan seorang wanita bersama keluarganya yang menjadikan rumah teresnya sebagai pusat pengumpulan bayi luar nikah sebelum dijual sejak lima tahun lalu berakhir apabila rumah tersebut diserbu baru-baru ini.

Wanita berusia 50-an itu atau lebih mesra dipanggil Aunty bersama menantu dan anak-anaknya yang tinggal di Banting popular di kalangan gadis warga asing dan kebanyakan Orang Asli sebagai lokasi menyelesaikan masalah anak luar nikah.

Sebagai balasan, gadis-gadis ternoda terbabit akan dibayar RM5,000 selepas mereka menyerahkan bayi masing-masing kepada Aunty itu.

Aunty itu kemudian didakwa menjual setiap bayi terbabit dengan harga di antara RM15,000 hingga RM20,000 bergantung kepada keadaan dan rupa bayi terbabit.

Setiap bayi dikatakan dijual dengan lengkap sijil kelahiran nama keluarga yang membeli bayi tersebut.

Aunty itu yang merupakan perancang sindiket itu dipercayai bersekongkol dengan seorang doktor di sebuah hospital swasta di Jalan Pasar, Klang.

Di hospital tersebut, Aunty itu akan menghantar ibu mengandung untuk bersalin di situ sebelum akan turut mendapatkan borang pendaftaran kelahiran bagi setiap bayi.

Ahad, 13 Disember 2009

DOA DITERIMA ALLAH SWT

Syarat-syarat doa dimakbulkan oleh Allah SWT

1. Menjaga makanan dan minuman supaya tidak terambil yang haram dan syubhah.
2. Harta yang digunakan jelas bersih dan halal punca perolehannya.
3. Tidak melakukan perbuatan maksiat.
4. Hindarkan fikiran daripada perkara-perkara yang tidak baik.


Jika syarat-syarat ini dipatuhi insya-Allah doa kita dimakbulkan oleh Allah SWT.

Selamat Tahun Baru 1431H/2010M