Khamis, 28 Mei 2009

NAK SELESA DALAM PENJARA

Seorang warga Britain tidak berpuas hati dengan keadaan penjara di Dubai. Dia mendakwa makanan dan tandas yang teruk.

Dah nama pun penjara, kalau penjara selesa, ada aircond, makanan yang sedap, ada TV...apa 'pengajaran' kepada penghuninya. Entah2 orang sengaja buat salah, masuk penjara bersenang lenang makan tanggung. Sebab dalam penjara biliknya selesa.


Laporannya:

DUBAI - Seorang wanita Britain mendedahkan suasana dalam penjara ketika dia menjalani hukuman kerana kesalahan berzina di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Ibu kepada dua anak tersebut, Sally Antia (gambar) mendakwa dia diberi makanan yang mengandungi berenga serta terpaksa berkongsi tandas dengan 100 tahanan wanita yang lain.

Menurut Antia, Dubai terkenal dengan pembangunan hebat namun keadaan penjaranya sangat daif.

Antia dan teman lelakinya, Mark Hawkins, 43, ditahan pada awal pagi 2 Mei lalu selepas mereka keluar dari sebuah hotel lima bintang, Radisson Dubai Deira Creek.

Penahanan Antia, 44, itu dilakukan berikutan suaminya, Vincent, 48, membuat aduan kepada pihak polis.

Warga Britain yang bertugas sebagai juruterbang itu mendakwa isterinya berzina.

Lelaki itu membuat dakwaan tersebut kerana di UAE, dia akan lebih mudah memperoleh hak jagaan terhadap dua anak gadisnya jika isterinya didapati berzina dengan orang lain.

Menurut undang-undang di Emiriyah Arab Bersatu (UAE), wanita yang berzina tidak berhak memperoleh hak jagaan anak.

"Berada di sini (penjara Dubai) seperti berada di kem buruh paksa. Ia merupakan wajah Dubai yang anda tidak lihat. Saya keliru, ketakutan dan rasa seperti diabaikan," kata Antia.

Walaupun keluarga Antia tiba di Dubai kelmarin, wanita itu mendakwa hanya sejumlah kecil pelawat yang melawatnya sejak di penjara awal bulan ini.

"Saya mahu terus berhubungan dengan anak-anak dan itu adalah satu-satunya cara. Dia ialah penghubung saya kepada anak-anak," kata Antia. - Agensi

Jumaat, 8 Mei 2009

APA YANG KITA MAHU......

Syaitan akan bersorak2 kegembiraan bila dia berjaya menghasut manusia bergaduh, mencuri dan sebagainya. Bila manusia berjaya melanyak seseorang, syaitan datang lagi. Maka orang itu akan berbangga, sombong, riak....yang pasti syaitan bertambah gembira kerana telah berjaya mengasuh manusia mengikuti jalannya sejak usia baligh manusia.

Hasil dari bergaduh:
-bengkak sana sini
-ramai musuh
-jiwa tidak tenteram
-hidup dalam ketakutan
-dan lain-lain

**************************************

Laporan dalam kosmo online: seorang pelajar telah dipukul beramai-ramai dalam kelas. Akibatnya lutut pelajar tersebut terkoyak, Kesian pada kawan kita tu niat baiknya telah dibalas buruk.Ini laporannya

12 pelajar belasah rakan dalam kelas


BATU PAHAT - Gara-gara meleraikan pergaduhan membabitkan rakan sekelas, seorang pelajar terpaksa menanggung kesakitan di lutut akibat ligamennya terkoyak selepas dibelasah sekumpulan pelajar lain.

Kejadian malang itu bermula pada Rabu lalu apabila mangsa Shahdan Ibrahim, 13, pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Putra, Tongkang Pechah di sini cuba membantu seorang rakannya daripada dipukul kumpulan pelajar tersebut.

Menurut Shahdan, kejadian itu berlaku di dalam sekolah dan rakannya bernasib baik apabila perkara itu dapat diselesaikannya.

Bagaimanapun, katanya, pada pukul 10.35 pagi kelmarin, dia dipanggil oleh salah seorang pelajar daripada sekumpulan pelajar yang pernah membelasah rakannya itu.

"Ketika itu, saya sedang duduk di belakang kelas sebelum dipanggil ke hadapan kelas dan terus dibelasah kumpulan pelajar itu secara tiba-tiba," katanya ketika ditemui di rumahnya di Parit Saaban di sini semalam.

Shahdan mendakwa, dia ditendang, dipijak serta disepak di kaki, kepala dan perut sebelum ditolak jatuh ke lantai.

"Pada masa itu, kawan-kawan sekelas tidak mampu berbuat apa-apa kerana bilangan pelajar tersebut ramai," ceritanya dengan memberitahu kejadian itu berakhir apabila guru kelasnya datang.

Shahdan memberitahu, dia yang hampir pengsan kemudian telah dibawa ke klinik kesihatan berhampiran oleh seorang guru sebelum dikejar pula ke Hospital Batu Pahat (HBP).

Selamat Tahun Baru 1431H/2010M